NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Monday 28 October 2013

Respon #Bajet2014 @NajibRazak @501Awani @Khairykj @mpkotabelud @anwaribrahim















Ashraf dan Sakinah Nikah di Thailand

SHAH ALAM: Pelakon lelaki popular, Ashraf Muslim yang mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu dengan pernikahan keduanya di Thailand, mengadakan majlis resepsi bersama pasangannya Wan Sakinah Ahmad Shaburi, semalam.

Berlangsung di Ipoh, Perak, kedua-dua pasangan tersebut mengenakan persalinan baju pengantin serba hijau. Wan Sakinah kini disahkan hamil tiga bulan.
Post Pic

Ashraf Muslim terdahulu telah melangsungkan perkahwinan pertamanya bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal di Tanah Suci Mekah. Namun pada pertengahan tahun ini, kontroversi Ashraf berkahwin dua tersebar apabila beliau dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami.

Ashraf pada mulanya menafikan desas desus itu itu dan menyatakan Diana masih satu-satunya isteri beliau. Kontroversi itu memuncak apabila gambar beliau bernikah dengan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lepas. Ashraf menjadi mangsa kritikan pelayar internet yang rata-rata simpati kepada Diana.

Diana kemudiannya dikatakan menulis sebuah sajak yang menzahirkan kekecewaannya dan sajak itu menjadi viral dilaman Facebook dan Twitter. Diana sehingga kini masih belum mempunyai anak bersama Ashraf dan dikatakan itulah antara punca mengapa pelakon itu berkahwin kali kedua.