Berlangsung di Ipoh, Perak, kedua-dua pasangan tersebut mengenakan persalinan baju pengantin serba hijau. Wan Sakinah kini disahkan hamil tiga bulan.
Ashraf Muslim terdahulu telah melangsungkan perkahwinan pertamanya bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal di Tanah Suci Mekah. Namun pada pertengahan tahun ini, kontroversi Ashraf berkahwin dua tersebar apabila beliau dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami.
Ashraf pada mulanya menafikan desas desus itu itu dan menyatakan Diana masih satu-satunya isteri beliau. Kontroversi itu memuncak apabila gambar beliau bernikah dengan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lepas. Ashraf menjadi mangsa kritikan pelayar internet yang rata-rata simpati kepada Diana.
Diana kemudiannya dikatakan menulis sebuah sajak yang menzahirkan kekecewaannya dan sajak itu menjadi viral dilaman Facebook dan Twitter. Diana sehingga kini masih belum mempunyai anak bersama Ashraf dan dikatakan itulah antara punca mengapa pelakon itu berkahwin kali kedua.
No comments:
Post a Comment