NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Thursday 22 October 2015

MP BNBBC Nak Sabotaj PM???

Sekian lama Brader relax dan menganjurkan demo-demo, Brader nak share dengan korang pulak la info2 PANAS Parlimen Malaysia yang memang PANASSSS sekarang.

Nah AMEKKKK sket baru nak start enjin...............


Ini maklumat berstatus A++ .

Ketika ini, satu rancangan jahat TELAH DISUSUN RAPI bagi melakukan sabotaj dan seterusnya cubaan mencetuskan undi tidak percaya kepada PM Najib razak semasa pembentangan belanjawan negara 2016 yang dijangka berlangsung Jumaat ini.

Cerita ini sedang berlegar hangat dikalangan pengamal media yang berada di sepanjang mereka membuat liputan semasa dewan bersidang.

Maklumat awal, berita kononya gerakan ini terdiri dari Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC)sendiri sangat mengejutkan.

Betul ke ?

Antara lain, mereka mengatur rancangan jahat ini, apabila tindakan pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada PM tidak berjaya.

Hanya men-sabotaj belanjawan negara 2016,  undi tidak percaya kepada PM Najib tidak perlu lagi.

Jika maklumat ini tidak ada kebenarannya, wartawan dan pengamal media boleh menemubual pemimpin-pemimpin BNBBC pada hari Jumaat nanti.

Tahan mereka, kita pakat-pakat tanya soalan ini nanti sebelum mereka masuk dewan.





** Pagoh, Semporna, Gua Musang, Cameron Highland wartawan boleh tanya dulu.

Sumber: Antidotcomm

Monday 28 October 2013

Respon #Bajet2014 @NajibRazak @501Awani @Khairykj @mpkotabelud @anwaribrahim















Ashraf dan Sakinah Nikah di Thailand

SHAH ALAM: Pelakon lelaki popular, Ashraf Muslim yang mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu dengan pernikahan keduanya di Thailand, mengadakan majlis resepsi bersama pasangannya Wan Sakinah Ahmad Shaburi, semalam.

Berlangsung di Ipoh, Perak, kedua-dua pasangan tersebut mengenakan persalinan baju pengantin serba hijau. Wan Sakinah kini disahkan hamil tiga bulan.
Post Pic

Ashraf Muslim terdahulu telah melangsungkan perkahwinan pertamanya bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal di Tanah Suci Mekah. Namun pada pertengahan tahun ini, kontroversi Ashraf berkahwin dua tersebar apabila beliau dikatakan telah ke sebuah mahkamah syariah bagi mengambil borang permohonan untuk berpoligami.

Ashraf pada mulanya menafikan desas desus itu itu dan menyatakan Diana masih satu-satunya isteri beliau. Kontroversi itu memuncak apabila gambar beliau bernikah dengan Sakinah di Thailand pada 7 Julai lepas. Ashraf menjadi mangsa kritikan pelayar internet yang rata-rata simpati kepada Diana.

Diana kemudiannya dikatakan menulis sebuah sajak yang menzahirkan kekecewaannya dan sajak itu menjadi viral dilaman Facebook dan Twitter. Diana sehingga kini masih belum mempunyai anak bersama Ashraf dan dikatakan itulah antara punca mengapa pelakon itu berkahwin kali kedua.