NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Friday 29 March 2013

[VIDEO] : SEJARAH:Tragedi Memali, Menyingkap Sejarah. PART 1 #Memali


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Mari saksikan bersama Video yang tidak akan ditayangkan oleh PAS...


Beberapa perkara yang brader dapat kupaskan dari video ni...

1) Mengapa menjadikan wanita & kanak-kanak sebagai perisai bahagian hadapan?? (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2) Jelas dalam video ini, Polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka pulak yg mula bertindak aggresif.


3) View dalam Madrasah Ibrahim Libya - (Pengaruh PAS, syiah di Iran & muammar ghadafi dari libya), terdapatnya "AMANAT HAJI HADI YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA"


4) Berkenaan temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

5) KERTAS PUTIH MEMALI. Klik SINI


BD dapat yakinkan & pastikan bahawa ini situasi SEBENAR yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.


***Untuk makluman rakan pembaca, Video penuh akan disiarkan selepas ini..Nantikan....

[VIDEO] : SAJAK:Suasana Pilu di Hari Polis ke-206


YAB PM DS Mohd Najib Razak bersama YB DS Hishammuddin Hussein, Menteri KDN & Tan Sri DS Hj Ismail Omar, Ketua Polis Negara


PERJUANGAN SATU MALAYSIA

Setelah dua abad memagari rumah ini
bukan pujian yang kita cari
setelah 206 tahun menyemai bakti
bukan taburan bintang di dada yang kita impi
ditanah ibunda keringat darah tumpah ke bumi
bukan kerana upah yang tak seberapa
tetapi dek kerana janji dan sumpah setia

Inilah bumi Malaysia tempat kita mencurah bakti
binaan penuh tumpahan darah
dan linangan air mata oleh pejuang bangsa
tidak mengira keturunan dan agama
Melayu, Cina, India, Bajau, Melanau, Murut, Bidayuh, 
Kadazan, Dusun, Iban, Dayak, Penan , Kayan, Orang Hulu dan segala rumpun bangsa bersatu berganding bahu
membenteng keamanan negara bangsa
dengan semangat perjuangan Satu Malaysia
bukan untuk mencipta nama 
tetapi mengharap ia kekal untuk diwariskan
kepada generasi dihari muka


Tidak sekali-kali
akan kita gadaikan kepada penjajah
tidak sekali-kali
akan kita serahkan kepada pembelot bangsa
tidak sekali-kali
akan kita letakkan nilai harganya kepada sesiapa

Biar darah merah kami menitis ke bumi
biar pun jasad kami di kelar berkali-kali
biar tulang belulang kami hancur lebur
namun pantang sekali kami undur
kami akan terus mara mengempur
walau ditakdirkan kami gugur

Telah kami buktikan kesetiaan sejak zaman berzaman
Bukit kepong menjadi sejarah air mata
Sejarah silam melingkari peristiwa
Ramai pahlawan kita rebah mempertahan bumi bertuah
Namun api perjuangan kita tak pernah padam
Pahlawanku tegap berdiri dan Serikandinya tak berpaling hati
menghambakan diri menguftikan janji padamu pertiwi


kini Lahad Datu dan Semporna mengulangi sejarah
dada pahlawan ditembusi bisa peluru
tubuh dilapah jasad disiksa tanpa belas kasihnya
pahlawanku gugur mepertahankan tanah air berdaulat
ayah ibu menangis pilu kehilangan anak tempat bergantung
para isteri berendam air mata kehilangan suami tercinta
anak-anak menanti kepulangan ayah 
yang tak akan kembali lagi ke dunia
ternyata segala pengorbanan pahlawanku tak terhitung
mempertahankan bumi Malaysia bukan untuk disanjung

Pahlawanku
Kitalah pewaris mutlak penuh setia
menjadi perisai sempadan negara bangsa
dan terus berdiri mengibar pusaka azimat
Sang Saka Biru panji keramat
di tanah ibunda Malaysiaku bumi berdaulat


Dideklamasikan oleh : DSP Rosebaini binti Kassim dan ASP Mohamed bin Mahat.



Thursday 28 March 2013

WAJIB BACA : Kejutan Yang Hebat Dari Pakatan Rakyat


Memang terbaik la PR...Sampaikan 13 Kejutan korang nak bagi waktu PRU 13 nanti...Memang matlamat tidak mengHalalkan cara betul la beb..


Meh sini brader nak bertazkirah sikit bleh..

Kita hanya mampu merancang, namun perancangan Allah adalah lebih baik & mulia dari segalanya...


SURPRISEEEEEEE...



PR = Pakatan @ Penipu Rakyat???!




Di Selangor


Di Pulau Pinang


Di Kelantan


Di Kedah






Inilah wajah2 Pengkhianat Negara

TOLAK PR DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA & KEAMANAN MALAYSIA!!!

Wednesday 27 March 2013

Bob Lokman Jadi Umpan Politik PAS??

Bob Lokman


"Antara krediabilitinya pancing undi, artis itu untuk pancing undi..memang krediabilitinya itu untuk pancing undi"

"Sememangnya masuknya sebagai artis,tak perlu menunjuk sikap pandainya dalam segi politik, tak perlu bercakap banyak"




Alhamdulillah, Brader doakan abg Bob Lokman diberikan kekuatan dalam hari mendatang......

Hak Bersuara Diperjuangkan????


Inikah yang dikatakan Hak Bersuara yang diperjuangkan PR (Pakatan Rakyat)



Bebas macam mana lagi lah yang PR inginkan. Adakah bebas hinggakan adanya Seks Bebas???



Monday 25 March 2013

Perlawanan Amal Bola Sepak : Malaysia VS Palestin



Moh beramai-ramai kita ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang untuk menyaksikan "Perlawanan  Amal Antarabangsa" antara Malaysia VS Palestin. Hasil jualan tiket akan disalurkan ke "Tabung Wira Negara Lahad Datu & Tabung Kemanusiaan Palestin".

Nantikan pertemuan yang hebat ini pada Selasa, 26 Mac 2013 OK.....Jom saksikan sambil beramal!!!

Harimau+Malaya.jpg (448×260)


[VIDEO] Nurul Izzah Bersama Anggota Keselamatan??


Anak Bang Non : Nurul Izzah

Betapa hebatnya anak Bang Non ni bila berbicara. Tiada pentas untuk PR sebab Hak Bersuara disekat?? Manifesto Bukanlah Janji kan Nurul Izzah..Jom kita saksikan sejarah2 yang Nurul Izzah nak ajar kita OK..




Saya malu kerana Malaysia ini Negara pelbagai kaum, pelbagai Agama..saya juga malu kerana Malaysia masih ada pemimpin seperti ini. BD harap rakyat sedar akan penipuan2 yang dibangkitkan demi Negara Malaysia tercinta.


BD ucapkan Selamat Hari Polis ke-206 khas buat anggota PDRM.

Selamat Hari Polis ke-206

BD mengucapkan selamat hari Polis kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone

[VIDEO] Anwar Ibrahim Bersama Mahasiswa : Seasons 7 Episode 1 & 2

Episode 1

Best kan geng. Mesti tak puas je rasa. Jom BD bagi pakej pada semua dengan Episode 2 skali. Jom sama-sama saksikan kebenarannya......


Episode 2

Amacam geng, best tak?? Kalau nak lagi, bersama kita nantikan OK. BD pun tak sabar juga tunggu Episode akan datang. Keh3.

Solute to Papagomo

Al-Fatihah Buat Perwira Tanah Air



BD hargai jasa perwira-perwira Negara kita kerana merekalah yang telah menjaga Keamanan Negara & Kedaulatan Negara kita selama ini. Dengan keberanian & kehebatan mereka inilah Malaysia terus aman dan damai. Inginkah kita berada dalam keadaan darurat??? Inginkah kita kembali ke zaman sebelum Merdeka?? Inginkah kita di jajah lagi?? Bersamalah kita nilaikan kembali apa tindakan kita dalam terus mempertahankan semua ini demi Negara tercinta, MALAYSIA. 

"Di Atas Robohan Kota Melaka, Kita bangunkan Jiwa MERDEKA"

Tugu Negara Malaysia


IM4U Untuk Semua


IM4U adalah singkatan bagi '1 Malaysia For Youth'. IM4U juga merupakan platform untuk memperkasakan kesukarelawanan sosial di kalangan belia. Lagu di atas adalah lagu tema IM4U yang dihasilkan oleh Limkokwing University's 1Malaysia Music Academy.

Friday 22 March 2013

8 Warga Filipina Didakwa


TAWAU, 21 Mac 2013 - Lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas, hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di sini.

Semalam, kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Hakim P.Ravinthran.

Mereka dikawal ketat sepanjang prosiding dan tujuh daripada mereka dipakaikan 'straight jacket' berwarna putih.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua menjadi ahli kumpulan pengganas, mereka didakwa di bawah Seksyen 130KA Kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika disabit kesalahan.


Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dengan dibantu Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan perbincangan peguam negara untuk melantik peguam bagi tuduhan, sama ada dilantik oleh Peguam, kerajaan Filipina ataupun tertuduh sendiri.

-Bernama-

Suka hati je dorang nak serang Yang di-Pertuan Agong Malaysia..Korang ingat ni Filipina ke? Malaysia masih OK lagi bagi peluang dan siap bicara lagi. Kalau BD la, dah lama suruh bunuh...hehehehehehe..Peace..


AWAS buat Penyebar Maklumat Palsu



Cyberjaya, 21 Mac 2013 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati menyebarkan maklumat palsu menggunakan internet atau telefon sehingga menggugat keselamatan negara.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mereka yang syaki melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau memberi amaran itu ekoran penyebaran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen di beberapa laman sosial pada Rabu.

Kami memandang serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan pihak polis dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada, katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

Beliau berkata maklumat seumpama itu juga boleh memberi pengaruh buruk terhadap ekonomi negara.

-Bernama-

BD syorkan para pengguna berhati-hati dan waspada dengan maklumat yang ada OK... Jangan kerana maklumat salah, badan binasa.