NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Friday 29 March 2013

[VIDEO] : SEJARAH:Tragedi Memali, Menyingkap Sejarah. PART 1 #Memali


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Mari saksikan bersama Video yang tidak akan ditayangkan oleh PAS...


Beberapa perkara yang brader dapat kupaskan dari video ni...

1) Mengapa menjadikan wanita & kanak-kanak sebagai perisai bahagian hadapan?? (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2) Jelas dalam video ini, Polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tapi mereka pulak yg mula bertindak aggresif.


3) View dalam Madrasah Ibrahim Libya - (Pengaruh PAS, syiah di Iran & muammar ghadafi dari libya), terdapatnya "AMANAT HAJI HADI YANG MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA"


4) Berkenaan temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

5) KERTAS PUTIH MEMALI. Klik SINI


BD dapat yakinkan & pastikan bahawa ini situasi SEBENAR yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.


***Untuk makluman rakan pembaca, Video penuh akan disiarkan selepas ini..Nantikan....

No comments:

Post a Comment