NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Friday 22 March 2013

AWAS buat Penyebar Maklumat Palsu



Cyberjaya, 21 Mac 2013 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati menyebarkan maklumat palsu menggunakan internet atau telefon sehingga menggugat keselamatan negara.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mereka yang syaki melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau memberi amaran itu ekoran penyebaran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen di beberapa laman sosial pada Rabu.

Kami memandang serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan pihak polis dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada, katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau media sosial kerana maklumat sedemikian jika diangkat di dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

Beliau berkata maklumat seumpama itu juga boleh memberi pengaruh buruk terhadap ekonomi negara.

-Bernama-

BD syorkan para pengguna berhati-hati dan waspada dengan maklumat yang ada OK... Jangan kerana maklumat salah, badan binasa.


No comments:

Post a Comment