NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Friday 22 March 2013

8 Warga Filipina Didakwa


TAWAU, 21 Mac 2013 - Lapan warga Filipina yang berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas, hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di sini.

Semalam, kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Hakim P.Ravinthran.

Mereka dikawal ketat sepanjang prosiding dan tujuh daripada mereka dipakaikan 'straight jacket' berwarna putih.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 dan 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua menjadi ahli kumpulan pengganas, mereka didakwa di bawah Seksyen 130KA Kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika disabit kesalahan.


Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dengan dibantu Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan perbincangan peguam negara untuk melantik peguam bagi tuduhan, sama ada dilantik oleh Peguam, kerajaan Filipina ataupun tertuduh sendiri.

-Bernama-

Suka hati je dorang nak serang Yang di-Pertuan Agong Malaysia..Korang ingat ni Filipina ke? Malaysia masih OK lagi bagi peluang dan siap bicara lagi. Kalau BD la, dah lama suruh bunuh...hehehehehehe..Peace..


No comments:

Post a Comment