NOTIS & PEMAKLUMAN


Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : braderdemo@gmail.com

Friday 19 April 2013

Beluran Dapat Sekolah Yang Baru @rkiandee @NajibRazak #PRU13 #Beluran



Beluran dapat jaminan dari kepimpinan BN untuk pembinaan bangunan sekolah yang baru di daerah Paitan, hasil lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Parlimen Beluran.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa status sekolah yang menumpang iaitu SMK Belaban & SMK Ulu Sapi akan ditangani satu-persatu jika BN terus menjadi pilihan rakyat Beluran.

SMK Belaban & SMK Ulu Sapi yang sebelum ini menumpang SK Belaban & SK Ulu Sapi menyukarkan dan menjadikan keadaan sekolah yang teramat terhad. Keadaan ini juga menyebabkan aktiviti serta program menjadi sukar untuk dijalankan dengan bilangan pelajar yang ramai.

TPM juga menyatakan pembangunan yang akan dijalankan ini beliau serahkan kepada kebijaksanaan Datuk Ronald Kiandee iaitu mantan Ahli Parlimen Beluran, P183 yang kekal menjadi pilihan rakyat untuk menjadi calon BN dalam PRU-13.


Keadaan ini membuktikan krediabiliti Datuk Ronald Kiandee dalam kepimpinannya terus mendapat keyakinan rakyat Beluran. Selain itu, TPM juga menjanjikan Aku Janji BN iaitu manifesto BN akan tetap dijalankan di Beluran jika kerajaan BN tetap menjadi pilihan rakyat Beluran PRU13 nanti.

Brader respek sama TPM & Datuk Ronald Kiandee...Belum apa-apa lagi, pembangunan akan dijalankan...Kalau BN menangla, macam-macam bah ada di Beluran nanti. Memang menang la BN di Beluran ni. BN tatap..#LainKalilah PR & STAR..

No comments:

Post a Comment